Posts

Red Fig Super Jumbo

Image
 Selepas betahun tidak balik ke Sibu, akhirnya tanggal 7 April 2023, saya balik bersam anak sulung saya. Pengalaman pertama anak menaiki bas ke kampung halaman. Saya berpeluang mendapatkan anak pokok Red Fig Super Jumbo dari Taiwan. Selepas empat hari dibiarkan di bawah cahaya matahari terik, anak pokok ditanam ke dalam tanah dengan kompos 8 kg. Pada hari ke-5, anak pokok didapati mula menggugurkan kebanyakan (50%) daripada dedaunnya. Cahaya matahari masih terik dan tiada tanda tanda hujan sepanjang minggu.

Fig ialah pokok buah pertama ditanam oleh manusia

Image
  Selepas Adam dan Hawa memakan buah terlarang, mereka mendapati diri mereka bogel. Dedaun fig dijahit untuk menutup badan masing-masing. Sejak 11 400 tahun yang lalu, pokok fig sudah ditanam dalam tamadun manusia kuno, seperti yang dijumpai oleh ahli arkeologi di perkampungan kuno Jericho. Penyelidik universiti, Mordechai Kislev dan Anat Hartman dari Israel, menjumpai tinggalan fig di satu kawasan Lurah Sungai Jordan. Mereka mendapati umur pokok fig yang ditanam adalah lebih daripada seribu tahun sebelum manusia menanam gandum dan barli. Saintis merumuskan penanaman pokok fig merupakan "permulaan era pertanian". Manusia bermula campur tangan dalam Alam Semulajadi dan mendapatkan bekalan makanan sendiri. Pokok fig atau nama saintifiknya Ficus carica mampu hidup sehingga 200 tahun . Berbeza dengan negara yang mengalami iklim Mediteranean, pokok fig di Malaysia mampu mengeluarkan buah sepanjang tahun. Pelbagai varieti fig ditanam di negara kita yang menghasilkan buah yang terd...